Sterling intai kejuaraan Liga Perdana Inggeris ketiga - Utusan Malaysia

Sterling intai kejuaraan Liga Perdana Inggeris ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 17 Mei – Raheem Sterling memberi amaran kepada pencabar Manchester United bahawa juara bertahan itu sedang mengintai peluang bagi merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat kali ketiga berturut-turut pada musim hadapan.

City meraih kejuaraan kedua berturut-turut musim ini selepas mengatasi Liverpool dengan kelebihan satu mata.

Skuad kendalian Pep Guardiola sedang mengintai peluang melengkapkan kejuaraan treble domestik musim ini dengan mereka akan berdepan Watford dalam saingan Piala FA.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, Sterling bersama rakan-rakan sepasukannya sudah mula memikirkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim hadapan.

“Kami sedang meningkat, mentaliti kami semakin baik dan musim hadapan akan menjadi cabaran besar sekali lagi untuk kami.

“Kami sudah merangkul dua kejuaraan berturut-turut. Apakah motivasi terbaharu kami? Kami mahu ulangi pencapaian itu sekali lagi. Semudah itu. Kami mahu menjadi kelab terbaik di England dan dunia.

“Ini adalah tahap yang perlu kami capai setiap tahun. Bukan hanya setahun atau tiga tahu. Setiap tahun kami perlu berikan cabaran.

“Sesuatu yang indah untuk mengekalkan kejuaraan. Kami tahu, sudah lama tiada pasukan mampu mempertahankan kejuaraan dan ini menunjukkan mentaliti kami di dalam pasukan,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini