KUALA LUMPUR 17 Mei – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menyemak semula Garis Panduan di Pasaran yang Diiktiraf untuk memperkenalkan keperluan baharu bagi memudahkan Pendanaan Awam Hartanah yang baharu.
Pengerusi SC, Datuk Syed Zaid Albar berkata, SC turut mengumumkan pendaftaran bagi lapan pengendali Pasaran yang Diiktiraf baharu yang terdiri daripada tiga Pendanaan Awam Ekuiti (ECF) dan lima platform pembiayaan peer-to-peer (P2P).
“Pengenalan ECF dan P2P telah membantu mengecilkan jurang antara perusahaan mikro serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan sistem kewangan kerana ia bertindak menyediakan sumber alternatif modal untuk membiayai pengembangan perniagaan, modal kerja dan memenuhi keperluan kewangan lain.
“Kami berharap ia akan membantu memperluas segmen pasaran pembiayaan ECF dan P2P serta membolehkan persaingan yang sihat,” katanya ketika melancarkan Meja Bulat SC Fintech 2019 di sini hari ini.
Yang turut hadir Menteri Kewangan Lim Guan Eng. -UTUSAN ONLINE










