200 belia turun padang bantu golongan gelandangan - Utusan Malaysia

200 belia turun padang bantu golongan gelandangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mei – Seramai 200 golongan belia akan turun padang di sekitar Jalan Tuanku Abd. Rahman bagi menghulurkan bantuan kepada gelandangan sempena bulan Ramadan.

Presiden Projek Sohuur 2019, Raffil Faizul Jamir Ridzuan berkata, program tersebut akan diadakan pada pukul 11 malam, esok.

“Projek ini diadakan bertujuan menyahut aspirasi Hari belia Negara 2019 sekali gus dapat membantu golongan yang memerlukan di sekitar ibu kota,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini