Ceroboh rumah bekas isteri, pemuzik ditahan - Utusan Malaysia

Ceroboh rumah bekas isteri, pemuzik ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Mei- Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat telekomunikasi ditahan polis kerana cuba menceroboh kediaman bekas isterinya, hari ini.

Memetik laporan portal The Star, difahamkan, lelaki yang juga pemuzik itu ditahan antara pukul 5.30 petang hingga 7 petang selepas dipanggil memberi keterangan di Balai Polis Hulu Kelang dekat sini.

Sumber berkata, suspek disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh selain mengeluarkan ugutan bunuh.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek yang mempunyai tiga anak dengan bekas isterinya itu turut bertindak kasar dengan merosakkan pintu kediaman wanita tersebut serta mengeluarkan kata-kata kesat.

“Bagaimanapun, tindakannya itu dihentikan selepas campur tangan pengawal keselamatan,” lapor The star di sini hari ini.

Sebelum ini, lelaki itu pernah ditahan pihak berkuasa Dubai atas kesalahan dadah pada tahun 2017.

Difahamkan, suspek kini direman empat hari bagi membantu siasatan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini