ROME 16 Mei – Bintang tenis Britain, Johanna Konta menyekat kemaraan bekas juara, Venus Williams untuk menempah slot ke suku akhir pada kejohanan tenis Terbuka Itali, sebentar tadi
Konta yang dalam pusingan terdahulu menewaskan seorang lagi pemain Amerika Syarikat, Sloane Stephens 6-7 (3/7), 6-4, 6-1, tidak berdepan masalah untuk menyingkirkan Williams menerusi kemenangan straigth set 6-2, 6-4.
Williams, yang merupakan pemenang di Rome pada 1999, meneruskan kemaraan ke pusingan ketiga selepas adiknya Serena menarik diri kerana mengalami kecederaan lutut.
Pemenang Grand Slam tujuh kali itu mendahului 4-3 dalam rekod pertemuan mereka dan pernah menewaskan Konta di Rome di peringkat sama, dua tahun lalu.
Namun, kali ini pemain Britain tersebut berjaya menyempurnakan 36 winners selepas melakukan breaking points ke atas servis Williams dalam game pertama.
Konta bakal mencatat pertemuan sama ada Daria Kasatkina ataupun Marketa Vondrousova di peringkat lapan terbaik. – AFP











