AS, China digesa selesai isu perdagangan melalui WTO - Utusan Malaysia

AS, China digesa selesai isu perdagangan melalui WTO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NUR SULTAN 16 Mei – Amerika Syarikat (AS) dan China perlu mematuhi undang-undang dan menyelesaikan pertikaian mereka melalui Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Perkara itu ditegaskan oleh Pensyarah Hal Ehwal Global, University of Central Florida, Profesor James Bacchus pada Astana Economic Forum 2019 di sini hari ini.

“AS dan China mempunyai alasan tersendiri dalam pertikaian tersebut. Mereka perlu menyelesaikannya melalui WTO,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambahnya, pada masa ini, AS dan China di peringkat konfrontasi komersial yang akan memburukkan lagi keadaan dan ia tidak baik sama ada untuk AS atau China atau dunia.

Bagaimanapun, Bacchus, yang juga Pengarah Centre for Global Economic and Environmental Opportunity, berkata, beliau tidak dapat menjangka situasi semasa dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.

“Saya tidak optimis perkara ini dapat diselesaikan semasa Sidang Kemuncak G20 di Jepun pada bulan depan. Saya tidak tahu bila ia akan berlaku selepas kedua-dua negara menaikkan tarif.

“Saya tidak tahu bila ia akan berakhir. Presiden AS, Donald Trump melakukan apa yang difikirkannya akan membantu beliau dipilih semula. Ketika ini, beliau berfikir mempunyai pertikaian dengan China akan membolehkan beliau dipilih semula, saya fikir beliau salah tentang perkara itu,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini