Siasatan Garuda belum dimulakan - Utusan Malaysia

Siasatan Garuda belum dimulakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 16 Mei – Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK) mengesahkan belum memulakan siasatan terhadap kes ra­suah melibatkan syarikat pe­nerbangan Garuda Indonesia.

Lapor Antara, Timbalan Ketua KPK, Laode M Syarif memberitahu, hal tersebut adalah disebabkan dokumen-dokumen yang menjadi bukti bagi kes berkenaan dicetak dalam bahasa Inggeris.

“Bukti yang kami terima adalah dalam bahasa Inggeris dan failnya tebal. Kalau dalam bahasa Indonesia sudah lama disiasat. Bukti-bukti itu perlu diterjemahkan,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Laode berkata demikian selepas acara Koordinasi Implementasi Pendidikan Anti Ra­suah di Perguruan Tinggi dekat Pejabat Pusat Pendidikan Anti Rasuah KPK di sini.

KPK sebelum ini telah menamakan dua suspek dalam kes rasuah melibatkan pembelian pesawat dan enjin pesawat oleh syarikat penerbangan tersebut dengan Airbus dan Rolls Royce.

Dua suspek tersebut adalah bekas Ketua Pengarah Garuda Indonesia, Emirsyah Satar dan Presiden Pesuruhjaya Mugi Rekso Abadi, Soetikno Soedarjo.

Emirsyah didakwa menerima suapan berpuluh-puluh bilion rupiah dan barangan bernilai AS$2 juta (RM8,323,200) dari Rolls Royce ketika Garuda Indonesia membuat pembelian enjin pesawat antara 2005 hingga 2014.

Pemberian itu dilakukan menerusi Soetikno di bawah Connaught International Pte. Ltd. yang beroperasi di Singapura.

Laode memberitahu ke­dua-dua suspek masih belum ditahan sehingga ke hari ini namun pihaknya telah membekukan akaun serta menyita aset milik Emirsyah di luar negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini