MADRID 16 Mei – Mahkamah Sepanyol hari ini memutuskan untuk menarik balik dakwaan terhadap penyanyi Colombia, Shakira dan Carlos Vives atas tuduhan plagiat.
Shakira dan Vives sebelum didakwa memplagiat sebahagian melodi dan lirik lagu ‘Yo te quiero tanto’ nyanyian penyanyi Cuba, Livam untuk dimuatkan dalam lagu popular mereka iaitu ‘La Bicicleta’.
“Tiada unsur plagiat seperti didakwa oleh plaintif,” kata mahkamah berkenaan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Pada Mac lalu, Shakira, 42, yang kini tinggal di Barcelona memberitahu, dia tidak pernah mendengar lagu nyanyian Livam itu.
Malahan, Vives juga berkata dia tidak tahu mengenai lagu berkenaan atau Livam.
La Bicicleta memenangi dua daripada tiga anugerah Grammy Latino pada 2016. – AFP











