Kerja pembaikan SSP3 50 peratus siap, dijangka pulih awal pagi esok - Utusan Malaysia

Kerja pembaikan SSP3 50 peratus siap, dijangka pulih awal pagi esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Mei – Kerja-kerja pembaikan kerosakan peralatan pam air terawat No.10 di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa tiga (SSP3) berada di tahap 50 peratus siap sehingga pukul 3 petang tadi.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor, Abdul Raof Ahmad berkata, kerja-kerja pembaikan itu tidak melibatkan sebarang penutupan loji dan hanya berlaku pengurangan pengeluaran bagi agihan bekalan air terawat sekali gus menyebabkan gangguan bekalan air di beberapa kawasan,

“Antara kawasan yang terlibat adalah sekitar Bukit Kuda dan Jalan Batu 3 Lama. Kerja-kerja pembaikan dijangka siap pada pukul 9 malam ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sejurus kerja-kerja pembaikan siap, pam akan beroperasi semula bagi proses pengepaman air terawat ke sistem agihan. Pihak kami menyasarkan pemulihan bekalan adalah secara berperingkat bermula awal pagi esok,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Abdul Raof, bagi memberikan bantuan kepada pelanggan yang terjejas pihaknya telah mengaktifkan dua Pusat Khidmat Setempat iaitu PKS Kompleks Sukan SUK, Persiaran Raja Muda, Seksyen 5 dan PKS Kolam Air Seksyen 16, Jalan Cengkih 16/10, Shah Alam.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini