USAS terima suntikan dana untuk kebajikan pelajar - Utusan Malaysia

USAS terima suntikan dana untuk kebajikan pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR 16 Mei – Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) semalam menerima suntikan dana sebanyak RM500,000 daripada Ladang Moccis Sdn. Bhd. untuk tabung kebajikan pelajarnya.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Eksekutifnya, Datuk Ahmad Sobri Wan Teh kepada Naib Canselor USAS, Tan Sri Profesor Dr. Nordin Kardi pada Majlis Berbuka Puasa Sumbangan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang diadakan di Dewan Serbaguna USAS, semalam.

Selain itu, USAS turut menerima bantuan kewangan Ramadan bagi mahasiswi USAS berjumlah RM5,000 daripada Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia, Perhubungan Negeri Perak (LKPIM) yang disampaikan oleh isteri Nordin, Puan Sri Sabariah Mohamad Shariff.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada majlis yang sama, LKPIM turut menyerahkan sumbangan berbentuk 50 helai telekung serta barangan lain kepada mahasiswi USAS yang terpilih.

Sebelum majlis berbuka itu, seramai 50 orang pelajar Tahfiz USAS turut diraikan.

Yang turut hadir Timbalan Naib Canselor Pentadbiran dan Kewangan USAS, Anas Mad Yusof serta rakan-rakan korporat dari Maybank, Etika Takaful Maybank, Bank Rakyat serta anak syarikat Utusan Melayu Malaysia Berhad, Sibermedia Sdn. Bhd. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini