370 botol air ketum dirampas di Kemaman - Utusan Malaysia

370 botol air ketum dirampas di Kemaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Hasrat tiga lelaki memasarkan air ketum untuk pasaran daerah ini dan Dungun tidak kesampaian apabila rumah yang menjadi markas operasi mereka di Taman Paya Permai, Paya Berenjut di sini diserbu polis hari ini.

Sebanyak 370 botol yang mengandungi cecair kehijauan dipercayai air ketum seberat 129.5 liter berjaya dirampas dalam serbuan pada pukul 1 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd. Said Ibrahim berkata, tiga lelaki berusia dalam lingkungan 33 hingga 42 tahun yang dipercayai terlibat dalam pemprosesan air ketum berkenaan berjaya ditahan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesemua 370 botol mengandungi cecair yang dipercayai air ketum berkenaan ditemui disimpan di dalam dua tong sejuk beku terdapat di premis berkenaan. Setiap botol seberat 350 mililiter.

“Siasatan awal percaya air ketum yang diproses dalam kuantiti besar berkenaan mahu dipasarkan untuk memenuhi permintaan di daerah ini dan Dungun,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman di sini hari ini.

Mohd. Said berkata, kumpulan berkenaan dipercayai baru berjinak-jinak dalam aktiviti memproses dan mengedar air ketum terbabit dalam tempoh kira-kira enam bulan lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini