Gambar cium itu gambar lama, jangan komen macam ahli syurga! - Utusan Malaysia

Gambar cium itu gambar lama, jangan komen macam ahli syurga!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Mei – Selepas kecoh curang dengan gadis tiktok, pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz sekali lagi dihimpit kontroversi apabila gambar bercium bersama wanita dipercayai ibu tunggal tular dan mencetuskan ‘kemarahan’ netizen.

Bagaimanapun, wanita yang dikenali sebagai Mei Fina itu dalam sesi live di Facebook memberitahu, gambar cium tersebut merupakan gambar lama dan dia menegaskan tidak mempunyai hubungan dengan pelakon itu.

Gambar cium itu gambar lama, jangan komen macam ahli syurga!
FOTO kemesraan Aliff Aziz bersama wanita yang dikatakan ibu tunggal tidak lama dahulu. – UTUSAN ONLINE

“Terima kasih kepada semua yang sedang menularkan gambar itu. Itu gambar lama kami. Lama gila. Kenapa nak tularkan sekarang? Saya dengan Aliff tidak ada apa-apa hubungan,” katanya dalam sesi live di Facebook dua jam lepas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mei Fina juga sempat menasihatkan warganet supaya cermin diri sebelum mengecam atau menghina dirinya setelah gambar tersebut tersebar.

“Tak payah nak komen macam kamu semua ahli syurga. Selidik dulu! Sebelum kecam, cermin diri masing-masing dulu.

“Kalau tak mahu suami kena rampas, kemaluan jaga dulu! Bagi wangi sikit, baru suami tak lari!” katanya.

Aliff sebelum ini dihimpit kontroversi apabila gambar tidak senonoh bersama seorang gadis bawah umur dikenali sebagai Nismell tular di media sosial. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini