ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah mengumumkan bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM1,000 seorang kepada 4,711 penjawat awam negeri termasuk 316 pegawai lantikan kontrak dan sementara.
Pejabat Menteri Besar dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, bayaran bantuan khas itu akan dibuat pada 30 Mei ini.
“Bayaran sebanyak RM1,000 ini adalah membolehkan penjawat awam membuat persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Jun depan,” katanya.
Memuatkan artikel berkaitan…
Kata kenyataan itu, kelulusan bantuan khas tersebut dicapai dalam mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman di sini semalam. – K! ONLINE











