IPOH 15 Mei – Polis Kontinjen Perak mengekalkan tradisi tahunannya dengan memasak dan mengedar bubur lambuk sempena Ramadan kali ini menerusi Program Agihan Bubur Lambuk yang diadakan hari ini.
Program anjuran Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Perak itu melibatkan acara gotong royong memasak enam periuk besar bubur lambuk yang bermula pukul 8 pagi.
Pada program tersebut, sebanyak 900 bekas bubur diagihkan kepada orang ramai dan anggota bertugas di hadapan Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini.
Memuatkan artikel berkaitan…
Agihan bubur lambuk tersebut disempurnakan Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain dan Pengerusi Perkep Perak, Datin Zainah Othman.-UTUSAN ONLINE










