RHB bantu persiapan raya ibu tunggal, kanak-kanak - Utusan Malaysia

RHB bantu persiapan raya ibu tunggal, kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Mei – RHB Banking Group Bhd. (RHB) meneruskan misi program tanggungjawab sosial korporatnya dengan membawa seramai 20 ibu tunggal dan 50 kanak-kanak kurang bernasib baik membeli-belah bagi persiapan menyambut Hari Raya yang bakal tiba.


RHB dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya memperuntukkan sebanyak RM 35,000 bagi menjayakan program yang memasuki tahun ketiga penganjurannya.

“Golongan sasar terdiri daripada ibu tunggal dan kanak-kanak itu dipilih melalui projek iqra kelas rakyat Flat Seri Kelantan, Sentul dan Projek Perumahan Rakyat Gombak.

“Selain dibawa membeli-belah, duit raya juga turut diberikan kepada mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini