Woods kembali jadi tumpuan - Utusan Malaysia

Woods kembali jadi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BETHPAGE 15 Mei – Selepas melakukan kebangkitan menakjubkan dengan menjuarai Kejohanan Masters bulan lalu, Tiger Woods kembali menjadi tumpuan minggu ini apabila turun beraksi di Kejohanan PGA pula dengan peminat golf begitu menantikan satu lagi kejuaraan utama daripadanya.

Bakal dicabar juara bertahan, Brooks Koepka, Woods, 43, yang sedang memburu kejuaraan ke-16 kejohanan utama dunia di Lapangan Golf Bethpage Black di sini dijangka bakal turut dicabar juara Terbuka British, Francesco Molinari.

Koepka yang menewaskan Woods dalam laluan sebelum menjuarai Kejohanan PGA tahun lalu antara yang paling berdebar kali ini terutama selepas menyaksikan Woods menamatkan kemarau kejuaraan 11 tahun kejohanan utama di Kejohanan Masters tempoh hari.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya memang begitu menanti dapat bermain dengannya lagi. Memang kami jarang dapat berpasangan bersama terutama dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jadi sudah tentu ia satu saingan yang menarik,” katanya tentang Woods.

Woods pula menjanjikan satu persaingan yang menyeronokkan akan berlaku terutama buat penonton dan peminat golf yang menyaksikan kejohanan kali ini.

“Minggu yang pasti menyeronokkan buat peminat golf dan pemain yang ada di sini. Pemain yang akan berpasangan dengan saya juga sudah tentu akan menikmati pertandingan kali ini dengan gembira,” kata Woods.

Jika berjaya menjuarai Kejohanan PGA ini, Woods akan menyamai pencapaian Sam Snead yang menjuarai Jelajah PGA Amerika Syarikat sebanyak 82 kali selain menghampiri rekod pencapaian Jack Nicklaus yang pernah merangkul 18 kejuaraan kejohanan utama dunia. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini