Kad kuning untuk isyarat VAR - Utusan Malaysia

Kad kuning untuk isyarat VAR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 15 Mei – Pengurus kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) dan kapten diberi amaran dalam pramusim ini bahawa pemain yang menunjukkan isyarat tangan video bantuan pengadil (VAR) akan dikenakan layangan kad kuning.

EPL bakal memperkenalkan VAR pada musim depan, namun, pengadil tidak sepatutnya diletakkan dalam tekanan oleh pemain untuk memeriksa keputusan.

Sewaktu Piala Dunia di Rusia pada tahun lalu, pemain mengelilingi pengadil dan menggesa agar menyemak VAR selepas berlakunya kontroversi dalam permainan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, pakar di London barat akan memeriksa keputusan perlawanan dengan kerap tanpa perlu diminta oleh pegawai perlawanan yang sedang bertugas.

Jika pengadil terlepas insiden penting dalam sesebuah perlawanan, dia akan diminta untuk merujuk VAR dengan maklumat disalurkan terus ke alat pendengaran sekali gus tiada keperluan kepada mana-mana pemain meminta pengadil merujuk video bantuan.

Pengadil mahu VAR diperkenalkan untuk mengukuhkan kredibiliti mereka di atas padang dan tidak membenarkan pemain memperlekehkan keputusan yang dibuat.

Pengurus kelab akan ditegur jika mereka melakukan perkara yang sama terhadap pegawai keempat perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini