Lebih banyak kediaman haram Zionis dibina atas tanah Palestin - Utusan Malaysia

Lebih banyak kediaman haram Zionis dibina atas tanah Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULAHAM 15 Mei – Badan pemantau penempatan, Peace Now dalam laporan tahunan 2018 mendedahkan bahawa sebanyak 2,100 unit kediaman haram baharu mula dibina pada tahun lalu, menyaksikan peningkatan purata sebanyak sembilan peratus sejak 2009 (1,935 unit dibina setahun).

Maan News melaporkan, hampir 73 peratus daripada pembinaan baharu itu atau sebanyak 1,539 unit kediaman dibina di kawasan penempatan timur seperti yang dicadangkan dalam sempadan Inisiatif Geneva.

Selain itu, laporan tersebut memaklumkan sekurang-kurangnya 10 binaan baharu dibangunkan di kawasan tanah persendirian milik penduduk Palestin seluas satu hektar, manakala sebanyak 3.7 hektar lagi kawasan itu dirampas oleh rejim Zionis.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tender pembinaan sebanyak 3,808 unit kediaman dikeluarkan pada tahun lalu iaitu antara yang tertinggi direkodkan dalam tempoh hampir dua dekad.

“Sebanyak 603 tender projek perumahan di bahagian Baitulmuqaddis Timur turut dikeluarkan pada 2018,” menurut laporan berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini