Tidak berganjak dengan pendirian terhadap LGBT - Utusan Malaysia

Tidak berganjak dengan pendirian terhadap LGBT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 14 Mei – Malaysia tidak berganjak dengan pendiriannya terhadap lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Demikian penegasan Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya terhadap kenyataan pelakon Hollywood, George Clooney yang dikatakan memberi amaran kepada Malaysia dan Indonesia berhubung pelaksanaan undang-undang anti-LGBT seperti Brunei.

“Kita kena pegang kepada prinsip kita sebagai negara yang berdaulat dan Islam,” kata Marzuki kepada pemberita ketika menghadiri Iftar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mac lalu, Clooney dilaporkan telah menggesa tindakan boikot terhadap sembilan hotel milik Brunei kerana membantah negara itu melaksanakan hukuman sebat atau rejam hingga mati kepada golongan gay dan pesalah zina.

Pada 5 Mei lalu, Sultan Brunei melanjutkan moratorium ke atas hukuman mati untuk undang-undang melarang seks sejenis ekoran kritikan global termasuk dari kalangan selebriti seperti Clooney dan Elton John.

Sementara itu, ditanya sama ada Malaysia menyokong hukuman penalti rejam sampai mati di bawah undang-undang anti-LGBT, Marzuki berkata:”Tidak.”

“Kita akan berpendirian sebagai negara yang memegang prinsip Perlembagaan, Raja-Raja dan agama Islam sebagai agama Persekutuan. Perkara yang melanggar agama mesti kita tolak,” katanya.

Marzuki turut meminta Clooney ‘menjaga tepi kain sendiri’.

“Saya berpendapat, dia perlu sedar apa yang dikatakannya,” tegas beliau.

Bercakap dalam rancangan bual bicara Amerika Syarikat (AS), Ellen Jumaat lalu, Clooney telah membincangkan berhubung boikot tersebut serta tekanan ekonomi yang menyusul selepas pengumuman undang-undang baharu itu dan tindakan pusing U berkenaan.

Namun begitu, kenyataan Clooney itu telah mengundang tindak balas dalam talian, dengan pengkiritik dan aktivis LGBT serantau menjelaskan perbezaan ketara antara Brunei dan negara-negara jirannya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini