City bakal diharamkan sertai UCL - Utusan Malaysia

City bakal diharamkan sertai UCL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK – Pengawai penyelia kewangan bola sepak Eropah bakal mengemukakan cadangan supaya juara Liga Perdana England (EPL) dua musim berturut-turut, Manchester City dilarang daripada menyertai saingan Liga Juara-Juara (UCL) musim depan.

Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dan Liga Perdana England (EPL) telah menjalankan siasatan terhadap laporan daripada majalah Jerman, Der Spiegel yang mendakwa City telah melanggar Peraturan Fair Play Kewangan (FFP).

Panel-panel penyiasatan daripada lembaga kawalan kewangan UEFA yang ditubuhkan untuk menganalisis akaun kelab daripada Manchester itu dilaporkan telah mengadakan perjumpaan di Switzerland untuk membuat keputusan terakhir dua minggu lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mengikut peraturan FFP, semua kelab bola sepak perlu menjana sendiri sumber kewangan mereka dan hanya dibenar berbelanja mengikut keuntungan yang diperoleh sahaja.

Bagaimanapun, City dikatakan telah menerima suntikan dana yang besar daripada pelbagai syarikat di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang berlindung di sebalik perjanjian penajaan yang sah.

Susulan itu, akhbar New York Times melaporkan bahawa badan penyiasatan UEFA mencadangkan City perlu dihukum penggantungan dalam kempen Eropah sekurang-kurangnya selama semusim jika didapati bersalah.

“Ketua jawatankuasa siasatan iaitu bekas Perdana Menteri Belgium, Yves Leterme akan membuat kata putus berhubung laporan yang akan diserahkan kepada dewan perbicaraan berasingan dalam minggu ini,” menurut laporan akhbar itu.

Bagaimanapun, jika City didapati bersalah, masih belum pasti sama ada hukuman penggantungan dalam kempen UCL itu akan terus dikuat kuasa pada musim depan atau pada kempen 2020-2021. 
– AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini