SETIAP menjelang Ramadan kelibat pengemis terutama warga asing akan kelihatan di seluruh negeri terutama di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur.
Ada antara mereka datang dengan kaki atau tangan kudung, warga emas dan ibu-ibu separuh umur yang membawa bayi kecil yang pasti menarik simpati orang ramai terutama dalam Ramadan ketika masyarakat Islam mudah bersedekah kerana mengharapkan ganjaran pahala berlipat ganda.
Namun, apa yang dipersoalkan, adakah mereka ini datang atas usaha sendiri atau didalangi sindiket hingga sebahagian besar dari kutipan sedekah mereka dikatakan masuk ke poket dalang sindiket?
Butiran lanjut mengenai kebanjiran pengemis segera yang mampu mengaut keuntungan berlipat kali ganda berbanding hari biasa itu boleh didapati dalam akhbar Utusan Malaysia esok-UTUSAN ONLINE











