Polis rampas senapang, pistol buatan sendiri - Utusan Malaysia

Polis rampas senapang, pistol buatan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAWAS 14 Mei – Polis telah merampas dua laras senapang dan sepucuk pistol buatan sendiri serta 25 butir peluru hidup untuk senapang patah dalam serbuan dilakukan kampung Punang Berayong, Long Sukang, di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak Superintenden Sahar Abdul Latif berkata, senjata api tersebut ditemukan dalam kenderaan pacuan empat roda ketika serbuan serta pemeriksaan dilakukan pada pukul 2.15 pagi.

“Tiga suspek lelaki ditahan termasuk seorang warga Indonesia dan kini disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Memuatkan artikel berkaitan…

Sahar berkata, ketiga-tiga suspek yang berumur 34 dan 67 tahun itu turut ditahan di bawah seksyen 15(1)(a) dan 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta turut dirampas ialah syabu seberat 37.6 gram bernilai RM11,280.

“Kesemua suspek adalah penganggur dan salah seorang suspek yang berusia 52 tahun positif dadah manakala yang lain negatif,” katanya.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini