KUALA LUMPUR 14 Mei – Sebanyak 3,000 bungkus bubur lambuk yang disediakan secara gotong-royong oleh kira-kira 60 penduduk Kampung Johan Setia, Klang dekat sini akan diagihkan kepada orang ramai, Sabtu ini.
Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti merangkap Ketua Kampung Johan Setia, Mohamad Kamal Ismail berkata, aktiviti memasak juadah berbuka puasa yang dinamakan Memasak Bubur Lambuk Sekampung itu akan diadakan di Pejabat Penghulu Johan Setia bermula pukul 9 pagi.
Mohamad Kamal berkata, aktiviti berkenaan akan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni.
“Kami jangka agihan bubur lambuk akan dapat dilakukan pada pukul 5 petang. Orang ramai khususnya penduduk Kampung Johan Setia dijemput hadir untuk menikmati juadah ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE











