Permohonan Muhammad Shafee dapatkan pasport ditolak - Utusan Malaysia

Permohonan Muhammad Shafee dapatkan pasport ditolak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mei – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah untuk memperoleh pasportnya bagi membolehkannya mengendalikan kes jenayah di Australia.

Ketika membuat keputusan tersebut Hakim Collin Lawrence Sequerah berkata, surat bertarikh 13 Mei yang meminta Muhammad Shafee selaku pemohon hadir ke Pusat Tahanan di Long Bay itu hanya surat sokongan sahaja.

Tambahnya, kehadiran pemohon di pusat tahanan tersebut hanya bertujuan untuk menterjemah bahasa Melayu dan untuk tujuan tersebut tertuduh boleh menghantar seseorang dari firma guamannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selepas mengambil kira kesemua faktor maka dengan ini permohonan untuk mendapatkan pasport tertuduh ditolak,” katanya di sini hari ini.

Dalam prosiding tersebut, Muhammad Shafee diwakili peguam bela Harvinderjit Singh manakala pihak pendakwaan di wakili Timbalan Pendakwa Raya, Afzaini Zam Abdul Aziz. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini