Kasih BRamadan agih bubur lambuk 'Kampung Baru' - Utusan Malaysia

Kasih BRamadan agih bubur lambuk ‘Kampung Baru’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mei- Sebanyak 6,000 bubur lambuk diberikan kepada penduduk dan orang ramai di beberapa kawasan tumpuan di ibu negara sempena bulan Ramadan oleh Bank Rakyat.

Ketua Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani berkata, pengagihan bubur lambuk itu dianjurkan secara tahunan dan merupakan sebahagian program Kasih BRamadan bank tersebut yang telah mendapat sokongan daripada pelbagai pihak.

“Sebanyak 15 kawah digunakan untuk memasak bubur lambuk bermula pukul 8 pagi dengan diketuai tukang masak yang didatangkan khas dari Kampung Baru.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Program ini merupakan program tradisi sejak beberapa tahun dahulu. Kita memberi fokus kepada golongan kurang bernasib baik terutama anak yatim dengan memberi mereka makanan berkhasiat untuk berbuka puasa,” katanya ketika ditemui pemberita dalam program Kasih BRamadan di sini hari ini.

NORIPAH (berbaju kuning) bersama-sama kakitangan Bank Rakyat memasak dan mengagihkan bubur lambuk da
NORIPAH (berbaju kuning) bersama-sama kakitangan Bank Rakyat memasak dan mengagihkan bubur lambuk dalam program Kasih BRamadan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Perasmian program Kasih BRamadan disempurnakan Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Noripah Kamso .

Dalam pada itu, Nizam berkata, Bank Rakyat juga mengedarkan 400 pek bubur lambuk kepada murid kurang berkemampuan di beberapa buah sekolah di sekitar Lembang Klang sebagai sebahagian inisiatif Nuri Nutrisi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini