Jepun perkenal kereta api paling laju 2030 - Utusan Malaysia

Jepun perkenal kereta api paling laju 2030

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO 14 Mei – Jepun bakal melancarkan operasi kereta api paling laju di dunia menjelang 2030.

Digelar Alfa-X, kereta api itu mampu mencapai kelajuan sehingga 360 kilometer per jam dan terdiri daripada 10 gerabak.

Daily Mail melaporkan, Alfa-X memiliki reka bentuk yang menarik dipadankan dengan muncung yang panjang dan tajam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kereta api laju itu telah memulakan ujian hari ini.

Sapporo, bandar utama di rantau Hokkaido, akan dihubungkan dengan rangkaian ultra-cepat dan, jika kereta api mencapai kelajuan yang ditetapkan itu, perjalanan antara Tokyo dan Sapporo akan menjadi singkat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini