Pengeluaran getah asli susut 16.2 peratus - Utusan Malaysia

Pengeluaran getah asli susut 16.2 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Mei – Pengeluaran getah asli Malaysia pada Mac merosot 16.2 peratus kepada 49,465 tan berbanding 59,017 tan pada Februari tahun ini.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, pengeluaran getah asli naik 6.6 peratus berbanding pada Mac 2018.

Menurut beliau, eksport getah asli pada Mac naik 29.6 peratus kepada 53,265 tan berbanding Februari 2019 dengan China menjadi destinasi utama kepada eksport getah asli mewakili 43.2 peratus daripada jumlah eksport.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Harga purata lateks pekat pada Mac mencatatkan 474.19 sen sekilogram berbanding 410.50 sen sekilogram pada bulan sebelumnya, manakala harga purata Getah Standard Malaysia 20 (SMR 20) meningkat kepada 592.62 sen sekilogram daripada 558.09 sen sekilogram pada Februari 2019,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Jabatan Perangkaan, penggunaan domestik getah asli pada Mac 2019 sebanyak 43,770 tan dan industri pengeluaran sarung tangan getah merupakan pengguna utama dengan jumlah penggunaan sebanyak 32,848 tan atau 75 peratus daripada jumlah penggunaan domestik. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini