Vietnam rampas setengah tan ketamine bernilai AS$21 juta - Utusan Malaysia

Vietnam rampas setengah tan ketamine bernilai AS$21 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI 13 Mei – Polis Vietnam merampas setengah tan dadah jenis ketamine bernilai AS$21 juta (RM87.45 juta) di Ho Chi Minh, hari ini.

Tiga warga Taiwan dan seorang lelaki China ditahan dalam operasi hujung minggu lalu di sebuah gudang, selatan bandar mengikut akhbar Thanh Nien.

Lebih 500 kilogram ketamine ditemukan disembunyikan dalam mesin dalam ioerasi yang dijalankan selepas beberapa bulan membuat risikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketamine itu dibawa melalui jalan darat ke sini sebelum dibawa ke Taiwan.

Lapor media, ketua kartel menerima penghantaran dari China melalui jalan darat namun polis tidak membuat sebarang pengesahan.

Menurut Mejar Jeneral Pham Van Cac, dadah mewah itu lima kali mahal daripada sintetik yang sering diambil orang kaya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini