'Port' pelancong berniaga tanpa permit lengang selepas tular - Utusan Malaysia

‘Port’ pelancong berniaga tanpa permit lengang selepas tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 12 Mei – Lokasi yang dikatakan menjadi tapak sekumpulan pelancong asing berniaga tanpa permit di siar kaki Jonker Street di Banda Hilir di sini yang tular sejak beberapa hari lalu didapati lengang, hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di hadapan sebuah kafe terkenal itu mendapati tiada lagi pelancong asing yang duduk sambil menjual cenderahati tanpa permit di kawasan itu.

Malah, beberapa anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) juga dilihat kerap melakukan pemantauan bermotosikal di kawasan berkenaan bagi memastikan aktiviti perniagaan itu tidak berlaku.

Memuatkan artikel berkaitan…

Datuk Bandar MBMB, Mansor Sudin berkata, pihaknya telah mengarahkan anggota penguat kuasa untuk menghentikan aktiviti jualan oleh pelancong asing tersebut selain tidak berkumpul di lokasi berkenaan.

Menurutnya, kumpulan pelancong itu yang datang ke negara ini sebagai pengembara beg galas menggunakan visa pelancong namun telah menyalahi undang-undang negara apabila didapati menjalankan perniagaan.

“Kita minta mereka beredar dengan cara berhemah dan kumpulan ini memberikan kerjasama.

“Tindakan akan diambil jika mereka masih berdegil termasuk mengeluarkan notis, kompaun atau boleh menyita barangan yang mereka jual,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini