Polis Sri Lanka lepaskan tembakan amaran, arah perintah berkurung - Utusan Malaysia

Polis Sri Lanka lepaskan tembakan amaran, arah perintah berkurung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO 12 Mei – Polis Sri Lanka melepaskan tembakan amaran ke udara dan mengarahkan perintah berkurung baharu hari ini selepas kumpulan anti-Islam menyerang sebuah masjid.

AFP yang memetik jurucakap polis Ruwan Gunasekera sebagai berkata, kumpulan perusuh itu melakukan serangan di Chilaw, yang terletak kira-kira 80 kilometer dari utara ibu kota Colombo.

Katanya, mereka turut menyerang kawasan perniagaan yang dimiliki penduduk Islam di bandar yang majoriti penduduknya beragama Katolik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perintah berkurung itu dilanjutkan sehingga esok,” katanya.

Rusuhan itu tercetus ekoran komen seorang lelaki Islam yang salah tafsir mengenai satu hantaran dalam Facebook.

Ruwan berkata, lelaki itu bagaimanapun telah ditahan untuk siasatan lanjut. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini