Polis Bangladesh selamatkan 23 mangsa penyeludupan manusia ke Malaysia - Utusan Malaysia

Polis Bangladesh selamatkan 23 mangsa penyeludupan manusia ke Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA 12 Mei – Polis Bangladesh berjaya menyelamatkan 23 remaja perempuan etnik Rohingnya yang dibawa dari kem pelarian Cox’s Bazaar untuk dihantar ke Malaysia oleh sindiket penyeludupan manusia.

AFP yang memetik jurucakap polis, Mokhlesur Rahman sebagai berkata, mangsa yang berusia 15 hingga 19 tahun itu diperdaya dengan tawaran pekerjaan di Malaysia, namun setibanya di negara itu, mereka akan dipaksa menjadi pelacur.

Katanya, kesemua mangsa diselamatkan ketika disembunyikan di sebuah rumah, di belakang sebuah kedai jahit, di bahagian utara bandar ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam serbuan itu, kita turut menahan empat ahli sindiket termasuk pasangan suami isteri etnik Rohingnya serta merampas 50 pasport Bangladesh,” katanya.

Kesemua mangsa kata Mokhlesur dihantar pulang ke kem pelarian di Cox’s Bazaar. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini