Minat berbahas? Sertai Cabaran Pidato di UKM, Selasa ini - Utusan Malaysia

Minat berbahas? Sertai Cabaran Pidato di UKM, Selasa ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Mei – Orang ramai khususnya pelajar dipelawa menyertai Cabaran Pidato, Citra Harmoni di Ruang Legar Pusanika, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bermula dari pukul 2 hingga 4 petang, Selasa ini.

UKM dalam satu kenyataan memaklumkan, program anjuran kumpulan pelajar Kursus Hubungan Etnik itu bertujuan memberi peluang dan mencungkil bakat pelajar selain memupuk nilai kepemimpinan dalam diri.

Jelasnya, peserta yang mengambil bahagian perlu berbahas mengikut tema iaitu ‘Mencari Solusi, Melalui Toleransi’ melalui penyelesaian solusi secara harmoni dalam isi-isu hubungan etnik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagi yang berminat untuk menyertai cabaran itu boleh hubungi Hafiz di talian 011-3932 9381. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini