Musang King, Vanila dan Halia Bentong ditanam di Felda pertama negara - Utusan Malaysia

Musang King, Vanila dan Halia Bentong ditanam di Felda pertama negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG 12 Mei – Dalam usaha menjana sumber pendapatan kedua, tiga produk pertanian iaitu durian Musang King, halia Bentong dan vanila akan di tanam di Felda Lurah Bilut di sini yang merupakan tanah rancangan pertama negara.

Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang, Datuk Mazlan Aliman berkata, pada peringkat permulaan, Musang King akan ditanam di kesemua kawasan rumah peneroka manakala halia Bentong dan vanila ditanam secara berkelompok.

“Menerusi usaha ini, setiap peneroka iaitu seramai 616 orang akan menerima dua benih pokok durian Musang King secara percuma untuk ditanam di kawasan rumah masing-masing.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi penanaman vanila pula akan diusahakan secara berkelompok oleh Peladangnita Felda Lurah Bilut dan penanaman halia dimulakan di kawasan seluas 0.4 hektar oleh Peladang Muda Felda Lurah Bilut,” katanya ketika lawatan kerja Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin di Felda Lurah Bilut hari ini.

Menurutnya, pemilihan tiga tanaman berkenaan dilihat bersesuaian dan mampu menjana pendapatan tambahan kepada masyarakat Felda. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini