Pemuda maut langgar belakang lori - Utusan Malaysia

Pemuda maut langgar belakang lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Mei -Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar belakang sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 2, Jalan Batang Kali menuju Ulu Yam Bahru, Hulu Selangor dekat sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.45 pagi, mangsa G. Seetharamu, 19, maut di lokasi kejadian selepas parah di bahagian badan dan kepala.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, kemalangan tersebut berlaku selepas lori muatan ayam itu baru sahaja selesai menurunkan ayam hidup di pasar pagi Batang Kali dekat sini menghala ke Pulau Pinang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, setiba sahaja di tempat kejadian, terdapat sebuah lagi kenderaan yang nombor pendaftaran tidak diketahui secara tiba-tiba membuat pusingan u menyebabkan lori tersebut mengelak ke kiri jalan.

“Pada masa sama, motosikal yang ditunggangi mangsa telah datang dari arah sama tidak sempat mengelak lalu melanggar belakang lori tersebut.

“Berikutan itu, mangsa maut di lokasi kejadian dan motosikal dinaikinya rosak keseluruhan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Bak Phai, kes diklasifikasi di bawah Sekyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini