Kempen Hulurkan Makanan elak pembaziran - Utusan Malaysia

Kempen Hulurkan Makanan elak pembaziran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 12 Mei – Bersempena bulan ramadan, The Katerina Hotel dekat Batu Pahat mengambil inisiatif menjalankan kempen Hulurkan Makanan dengan memberi sumbangan makanan kepada mereka yang kurang bernasib baik di daerah itu setiap hari.

Pengarahnya, Au Gek Ling berkata, program khidmat masyarakat itu antara lain bagi mengelak berlakunya pembaziran makanan selain ia merupakan jaminan bahawa pihak hotel menyajikan makanan berkualiti tinggi dan segar setiap hari semasa bufet ramadan.

“Antara tempat yang dikenal pasti pihak kami untuk menjalankan kempen Hulurkan Makanan itu adalah di rumah penjagaan warga tua di sekitar Batu Pahat seperti di Pusat Jagaan Warga Emas Maimunah, Pusat Jagaan Warga Emas Banang dan Pusat Jagaan Warga Tua Tciler.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Makanan itu akan dihantar ke pusat penjagaan warga emas yang terlibat setiap hari sepanjang bulan ramadan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

PENGARAH The Katerina Hotel, Au Gek Ling (berdiri, lima dari kanan) bersama pekerja hotel semasa men
PENGARAH The Katerina Hotel, Au Gek Ling (berdiri, lima dari kanan) bersama pekerja hotel semasa mengedarkan bubur lambuk istimewa kepada penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Maimunah di Batu Pahat, Johor. – UTUSAN ONLINE

Beliau berkata, baru-baru ini, pihaknya mengadakan lawatan ke Pusat Jagaan Warga Emas Maimunah sempena ketibaan ramadan dan turut mengedarkan bubur lambuk kepada penghuni di rumah tersebut selain meluangkan masa bersama mereka.

Selain itu, tambahnya, pihak hotel akan mengedarkan lebih 1,000 bubur lambuk istimewa kepada orang ramai seperti dijalankan tahun-tahun sebelum ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini