Sekali lagi Bale disingkirkan - Utusan Malaysia

Sekali lagi Bale disingkirkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 12 Mei – Gareth Bale tidak akan menyertai Real Madrid ke Anoeta untuk menghadapi aksi kedua terakhir liga musim ini apabila Zinedine Zidane menegaskan penyerang Wales itu tiada dalam perancangannya pada musim depan.

Bale tidak akan diletakkan di bangku simpanan dalam pertemuan Madrid menentang Real Sociedad sama nasib yang sama menimpanya ketika Los Blancos menewaskan Villarreal 3-2 di Santiago Bernabeu, minggu lalu.

Sejak pelantikan Zidane sebagai bos baharu Madrid, Bale hanya beraksi 90 minit dalam tiga daripada sembilan perlawanan. Bale turut menjadi pemain gantian sebanyak tiga kali dan sekarang sudah tiga perlawanan dia diketepikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketika ditanya sama ada Zidane sudah berbincang masa depan Bale bersama pemain itu, dia berkata;’Saya tidak akan berkata apa-apa mengenainya, perbualan sulit, kekal dalam bilik persalinan.

“Saya ada cakap beberapa perkara dengan semua pemain, siapa yang akan kekal dan siapa yang perlu meninggalkan kelab namun itu semua kekal di bilik persalinan,” kata Zidane.

Dalam pada itu, ejen Bale, Jonathan Barnett memberitahu pemain berusia 29 tahun itu mahu kekal bersama Madrid.

“Saya tidak pasti bahawa Zidane mahu dia kekal namun buat masa sekrang Gareth ingin kekal di sini. Dia mempunyai kontrak dan gembira jika dapat menamatkannya hingga 2022,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini