Rihanna bakal lancar jenama pakaian mewah tersendiri - Utusan Malaysia

Rihanna bakal lancar jenama pakaian mewah tersendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 10 Mei – Bintang pop terkemuka, Rihanna bakal melancarkan jenama pakaian mewahnya yang tersendiri, umumnya hari ini.

Rihanna yang turut memiliki jenama pakaian sukan, Fenty dan label pakaian dalam, Savage, telah bekerjasama dengan LVMH iaitu sebuah syarikat konglomerat fesyen terbesar dunia.

“Mereka sesuatu yang berkelas tinggi merupakan peristiwa istimewa untuk kami. Saya bersedia untuk dunia melihat apa yang kami telah bina bersama,” ujar Rihanna.

Memuatkan artikel berkaitan…

LVMH yang dimiliki oleh hartawan fesyen, Bernard Arnault berkata, jenama pakaian terbabit akan menyediakan pakaian yang sedia dipakai, kasut dan aksesori. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini