WUG aksi pertama Khairul Hafiz - Utusan Malaysia

WUG aksi pertama Khairul Hafiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Mei – Jaguh pecut negara, Khairul Hafiz Jantan sudah mempamer pe­ningkatan positif sepanjang tempoh pemulihan, sekali gus bersedia membuat kepulangan pertamanya musim ini dalam Sukan Universiti Dunia (WUG) 2019 di Napoli, Itali pada 3 hingga 14 Julai ini.

Khairul Hafiz yang mengalami kecederaan di bahagian atas lutut dan betis kanan sejak Februari lalu, belum menyertai sebarang kejohanan tahun ini, termasuk pada Grand Prix Terbuka Malaysia, Mac lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Ahmad Faedzal Md. Ramli berkata, sepanjang tempoh pemulihan segala perkembangan Khairul Hafiz telah dipantau oleh pihaknya dalam membantu meningkatkan prestasi atlet berkenaan semula.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya difahamkan tiada apa-apa sasaran disandarkan kepada Khairul Hafiz sewaktu penyertaan dalam Sukan Universiti pada Julai nanti kerana sekadar mahu dia mendapatkan kembali rentaknya terutama selepas pulih daripada kecederaan.

“Di ISN kami telah membantu Khairul Hafiz untuk menambah berat badannya dan kami gembira dengan perkembangannya malah kekuatannya juga telah meningkat sehingga 20 peratus.

“Pada tahun ini tumpuan utama kami buat Khairul Hafiz adalah untuk aksi Sukan SEA 2019 di Manila nanti dan kami akan membantu dia sebaiknya dalam usaha mempertahankan gelaran yang dimenangi,” katanya.

Pada Sukan SEA 2019, aksi Khairul Hafiz bakal menjadi tumpuankerana akan bertemu seteru utamanya Lalu Mohamad Zohri dari Indonesia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini