PASUKAN Kickerz Football Academy (Kickerz FA) dinobatkan sebagai Juara Piala Liga Bola Sepak Persahabatan Remaja 2019 yang diadakan di Padang Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian (Mardi), Serdang, Selangor baru-baru ini.
Menurut Presiden Kickerz FA, Aszahari Jameri, pada perlawanan akhir itu, Kickerz FA bertemu Young Guns secara timbal balik.
“Perlawanan yang sangat sengit itu berakhir dengan Kickerz FA menewaskan Young Guns menerusi sepakan penalti 3-2 setelah kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan,” katanya.
Memuatkan artikel berkaitan…
Menurut Aszahari, kejayaan tersebut bertambah manis apabila dua pemain Kickerz FA, Muhammad Irfan Syamim dinobatkan penerima Anugerah Jurulatih dan Aidil Safiy mendapat Anugerah Pemain Paling Bernilai.











