[VIDEO] Kenderaan terhumban dalam sungai ditemui - Utusan Malaysia

[VIDEO] Kenderaan terhumban dalam sungai ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Usaha mencari sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dilaporkan hilang bersama pemandunya sejak lima hari lalu di dalam Sungai Perai dekat Ampang Jajar, Butterworth di sini akhirnya membuahkan hasil apabila ia ditemui di dasar sungai kira-kira pukul 2 petang tadi.

Terdahulu, usaha mencari dilakukan sejak pukul 10 pagi oleh Pasukan Polis Marin Wilayah 1 selepas mayat pemandunya ditemui terapung di dalam sungai dekat Taman Sentral, Butterworth pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, sejurus dijumpai, kenderaan tersebut telah dinaikkan dengan bantuan kren.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan itu telah menjumpai kuncinya yang masih berada di tempat penghidup enjin.

“Cermin tingkap pintu kiri dan bampar kereta pada bahagian hadapan turut didapati pecah,” katanya kepada pemberita sebentar tadi.

Kosmo! Online pada Ahad lalu melaporkan, seorang lelaki yang dilaporkan hilang oleh isterinya ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa dan mayatnya terapung di dalam sungai.

Mayat Tan Aik Tong, 33, ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian kira-kira pukul 3 petang selepas dia dikatakan tidak pulang ke rumah selepas keluar minum arak bersama rakan-rakannya pada sebelah malamnya.

Menurut Noorzainy, hasil bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati dia mati akibat lemas dan kes itu didapati tidak mempunyai unsur jenayah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini