Wanita cedera digigit jerung - Utusan Malaysia

Wanita cedera digigit jerung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HAWAII 9 Mei- Seorang wanita dikejarkan ke hospital selepas digigit seekor ikan jerung di utara pantai Oahu, dekat sini baru-baru ini.

Jurucakap Jabatan Kecemasan Perubatan Honolulu, Shayne Enright berkata pihaknya menerima laporan kecemasan seorang wanita yang dikatakan cedera akibat tertusuk lembing pada lengannya.

Namun setelah diperiksa, pihaknya mendapati kecederaan tersebut sebenarnya diakibatkan oleh gigitan jerung setelah dimaklumkan mangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Wanita berkenaan dilaporkan berada dalam keadaan serius dan sedang dirawat di hospital tempatan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini