Sabah rekod 2,396 kebakaran terbuka sejak Januari - Utusan Malaysia

Sabah rekod 2,396 kebakaran terbuka sejak Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 9 Mei – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah merekodkan sebanyak 2,396 kebakaran terbuka sepanjang Januari hingga semalam.

Menurut kenyataan jabatan itu hari ini, kes kebakaran terbuka pada Mac mencatat rekod tertinggi iaitu sebanyak 979 kes, diikuti April (557) dan Februari (537 kes).

Tuaran adalah antara daerah di Sabah merekodkan kes kebakaran terbuka paling tinggi sepanjang tempoh berkenaan iaitu sebanyak 391 kes, diikuti Kota Kinabalu (242 kes), Kota Belud (184), Penampang (183), Keningau (173), Papar (162) dan Sandakan (149).

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut jabatan itu, kes kebakaran terbuka di kawasan belukar mencatat rekod tertinggi iaitu sebanyak 1,266 kes, diikuti kebakaran hutan (807 kes), dan kebakaran kebun sebanyak 150 kes.

Jabatan itu menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka ekoran cuaca panas yang menyebabkan api cepat merebak. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini