Tiada aduan kekurangan minyak masak - Utusan Malaysia

Tiada aduan kekurangan minyak masak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 9 Mei – Tidak sebarang aduan berkaitan kekurangan bekalan minyak masak di negeri ini khususnya di sekitar Gerik dan Pengkalan Hulu seperti yang dilaporkan.

Pengarah pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak Saifullizan Kamarul Zaman berkata, pihaknya bagaimanapun akan sentiasa memantau kedudukan semasa bekalan minyak masak paket satu kilogram di pasaran secara harian bagi memastikan ia mencukupi.

“KPDNHEP Perak juga melakukan pemantauan berterusan ke atas pengilang, pemborong dan peruncit minyak masak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerjasama bersama agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) di pintu sempadan turut diperhebat bagi membendung sebarang aktiviti penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai maklum balas terhadap satu laporan akhbar berbahasa Melayu mengenai isu ketirisan melibatkan lambakan barang kawalan minyak masak bersubsidi paket satu kilogram di kawasan sempadan sekitar Betong dan Yala,Thailand.

Menurutnya, minyak masak bersubsidi paket satu kilogram merupakan barang kawalan yang dikawal oleh kerajaan bagi meringankan kos sara hidup rakyat di negara ini.

Sehubungan itu, Saifullizan berkata, tindakan tegas akan diambil di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 terhadap mana-mana individu, pemborong atau peruncit yang didapati terlibat dalam aktiviti penyelewengan atau penyeludupan barang kawalan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini