Lapangan Terbang Frankfurt ditutup akibat dron - Utusan Malaysia

Lapangan Terbang Frankfurt ditutup akibat dron

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN 9 Mei- Lapangan Terbang Frankfurt ditutup selama satu jam hari ini selepas sebuah dron dikesan terbang di kawasan sekitar.

Dron tersebut dikesan kira-kira pukul 8.15 pagi waktu tempatan, mengakibatkan operasi lapangan terbang dihentikan sementara.

Operasi pesawat turut terjejas apabila pihak berwajib mengeluarkan larangan bagi sebarang pendaratan atau pelepasan dalam tempoh berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Polis dalam pada itu melakukan siasatan dan sebuah helikopter digunakan bagi mengesan dron berkaitan.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini