SEOUL 9 Mei – Efinix, syarikat inovasi dalam platform dan teknologi produk yang boleh diprogramkan dan Samsung Electronics hari ini mengumumkan kerjasama bagi membangunkan Quantum eFPGAs untuk proses silikon 10nm Samsung.
“Ini merupakan perubahan besar daripada 40nm Trion T20 FPGA kepada 10nm Quantum eFPGA. Kami mencapai PDK kepada GDS dengan seni bina Quantum yang bersifat agnostik bagi proses silikon serta terima sokongan penuh daripada Unit Perniagaan Memori Samsung,” ujar Sammy Cheung, pengasas bersama, Ketua Pegawai Eksekutif, dan presiden Efinix.
“Dengan menggabungkan kelebihan Kuasa-Prestasi-Kawasan Quantum dengan teknologi pembuatan silikon canggih Samsung, kerjasama ini akan menawarkan penyelesaian silikon FPGA paling maju untuk pasaran seperti AI, Pusat Data dan Infrastruktur Komunikasi.”
“Kami sangat gembira melihat Efinix mencapai kemajuan yang besar sejak pelaburan awal kami dalam syarikat pada tahun 2017,” ujar perwakilan Samsung Venture Investment Corporation. – BERNAMA











