KUALA LUMPUR – Kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kelmarin memfailkan dua notis perlucutan hak ke atas barangan mewah bernilai RM711 juta yang didakwa dibeli oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan beberapa individu lain menggunakan wang 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).
Notis itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah di sini.
Notis itu difailkan sebagai langkah susulan selepas penyitaan barangan berharga oleh pihak polis di kediaman yang dikaitkan dengan Najib di beberapa kawasan termasuk sebuah kediaman di Bukit Bintang, tahun lalu.
Proses perlucutan hak harta yang disita melibatkan seperti barangan kemas sebanyak 11,990 unit, 401 utas jam tangan, 234 unit cermin mata, 306 unit beg tangan, wang tunai berjumlah lebih RM114 juta serta sebuah hartanah di ibu negara pada 1 November lalu.
Ikuti cerita selanjutnya di akhbar KOSMO! hari ini.











