Trend merias bulu hidung - Utusan Malaysia

Trend merias bulu hidung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Sebilangan generasi muda yang mementingkan soal kecantikan dan ekspresi diri kini memilih untuk memanjangkan bulu hidung sebagai gayaan baharu.

Fenomena yang menjadi ikutan ramai anak muda itu didakwa dipopularkan oleh seorang selebriti Instagram, @gret_chen_chen. Wanita itu menggunakan bulu mata palsu untuk menggayakan dan memanjangkan bulu hidung sendiri sebelum berkongsi gambar di laman sosial.

Gaya itu dalam tempoh singkat menjadi popular sehingga terbentuk tanda pagar #nosehairextensions.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, tiada maklumat didedahkan mengenai perbuatan berbahaya menyapu gam untuk melekatkan bulu mata palsu pada bulu hidung.

Bulu hidung manusia akan tumbuh pada kadar purata 0.35 milimeter setiap hari dan memainkan peranan penting sebagai sistem penapis awal terhadap spora dan kuman. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini