Tarawih 23 rakaat dalam 7 minit di Indramayu - Utusan Malaysia

Tarawih 23 rakaat dalam 7 minit di Indramayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 8 Mei – Masyarakat Pantura Indramayu, Jawa Barat mempunyai keunikan tersendiri pada setiap kali Ramadan apabila umat Islam menunaikan solat sunat tarawih tercepat secara berjemaah hanya dalam tempoh tujuh minit sahaja.

Lapor Liputan 6, jemaah terdiri dripada pemuda tempatan akan menunaikan solat sunat yang digelar ‘solat tarawih tercepat’ itu di Masjid Pesantren Alqur’aniyah, Desa Dukuhjati dan telah melakukan ibadah berkenaan sejak 10 tahun lalu.

Tempoh tujuh minit itu bukan sahaja bagi mendirikan solat tarawih malah tiga rakaat lagi bagi solat sunat witir.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut tokoh masyarakat setempat, Azun Mauzun, dia mengesahkan bahawa, setiap tahun pada bulan Ramadan mereka akan melaksanakan solat tarawih tercepat berkenaan.

“Tempoh masanya ada ketika enam minit tetapi tidak lebih dari 10 minit,” katanya, semalam.

Jelas Azun, tujuan solat tarawih tercepat itu sebagai tindak balas kepada anak muda desa yang sebahagian besarnya tidak pernah menunaikan solat tarawih setiap kali Ramadan.

“Mereka pada masa dahulu enggan mengikuti solat sunat tarawih secara berjemaah dan memilih untuk melepak di warung kerana malu berkumpul dengan orang tua di masjid.

“Akhirnya kami tawarkan mereka solat tarawih tercepat di tempat khusus dan Alhamdulillah mereka mula ikut malah mempelajari kitab kuning (pelajaran agama Islam),” ujarnya.

Tambahnya, banyak pihak menyalah tafsir tarawih pantas itu yang diadakan khusus bagi semua anak muda. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini