Pingat, trofi EPL buat pemain Liverpool - Utusan Malaysia

Pingat, trofi EPL buat pemain Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 8 Mei – Pemain Liverpool tetap dapat menatap trofi dan pingat Liga Perdana Inggeris (EPL), Ahad ini sekali pun tidak memenanginya.

Pihak pengurusan EPL sudahpun menyediakan dua trofi dan dua set pingat buat Manchester City dan Liverpool yang akan diletakkan di venue perlawanan pada hari terakhir pertandingan.

Rancangan tersebut terpaksa dilakukan ekoran persaingan merebut gelaran kini amat sengit apabila City hanya memegang kelebihan tipis satu mata ke atas Reds pada ketika liga berbaki satu perlawanan.

Memuatkan artikel berkaitan…

City akan mempertahankan kejuaraan jika berjaya mengalahkan Brighton di Stadium Amex, bagaimanapun kegagalan mereka meraih kemenangan membuka peluang buat Liverpool untuk muncul juara buat kali pertama sejak 1990.

Liverpool pula akan menentang Wolverhampton di Anfield dalam perlawanan terakhir.

Dengan jarak venue Stadium Amex dan Anfield dipisahkan sejauh 270 batu, itu bermakna EPL perlu merangka pelan khas bagi menghadapi sebarang kemungkinan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini