OKU dicekup dalam serbuan AADK - Utusan Malaysia

OKU dicekup dalam serbuan AADK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT 8 Mei – Malang bagi seorang pemuda Orang Kurang Upaya (OKU) apabila dia dicekup dalam serbuan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sini semalam setelah disyakki terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Ketua Pegawai AADK Besut, Noor Hafizza Mat Zin berkata, suspek berumur 30 tahun yang bekerja sebagai tukang cuci di pasar malam di sini diberkas rumahnya oleh anggota Unit Penguatkuasa dan Keselamatan AADK Besut.

Katanya, serbuan dilakukan kira-kira pukul 9.30 pagi hasil maklumat daripada ibunya sendiri kepada AADK dan suspek yang kemudiannya dibawa untuk pemeriksaan air kencing disahkan positif dadah jenis methampethamine.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek yang masih bujang dibawa ke Mahkamah Majistret Besut pagi ini dan perintah tahanan reman selama 14 hari mulai hari ini dikeluarkan terhadapnya,” katanya.

Beliau berkata, suspek dipercayai terpengaruh dan terdorong untuk mengambil dadah kerana sering bergaul dan tidur di rumah rakannya yang juga seorang penagih dadah.

Hasil siasatan juga mendapati suspek pernah ditangkap dan dipenjarakan selama tiga bulan pada tahun lalu atas kesalahan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini